FAQs | MINISTRY OF DEVELOPMENT > Survey

Services under Ministry of Development

Services under Public Work Department

FAQs – Survey

GENERAL QUESTIONPERMOHONANARAH KIBLATCERAPAN / SKY WATCH OBSERVATIONPENENTUAN ANAK BULAN

Expand All|Collapse All

Waktu pembayaran?

Dimana untuk mendapatkan borang permohonan?

Apakah jenis–jenis permohonan yang diproses oleh Jabatan Ukur?

Bagaimana caranya jika ada batu-batu kawal yang menghalang pembinaan jalan raya atau sebagainya?

Hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Ukur sebelum ianya dipindah atau dimusnahkan.

Expand All|Collapse All

Apakah jenis–jenis Permohonan yang diproses oleh Jabatan Ukur?

Expand All|Collapse All

Berapa harga pemasangan arah kiblat?

Harga berlainan bagi pemasangan persendirian dan juga organisasi. Persendirian juga boleh dilakukan secara berkelompok/berkumpulan.

Berapa lama pemasangan arah kiblat dapat dilakukan?

Mengikut Tekad Pemedulian Orang Ramai Jabatan Ukur, pemasangan boleh dilaksanakan dalam 7 hari selepas pembayaran. Walaugagaimanapun, ianya tertakluk kepada giliran kerana adanya permohonan berkelompok yang banyak. Kebiasaannya pemohon akan dimaklumkan terlebih dahulu jika permohonan pada masa itu ramai dan juga jangkaan tarikh ianya dapat dilaksanakan.

Bolehkah pemasangan hala kiblat dipercepatkan?

Jabatan Ukur mengutamakan giliran. Walaubagaimanapun ada juga permohonan mendadak yang tidak dapat dielakkan seperti Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Kerabat Diraja dan juga projek-projek pembangunan bangunan kerajaan.

Walaubagaimanapun, Jabatan Ukur juga mempertimbangkan keperluan yang mendadak dan ianya tertakluk kepada budibicara pegawai Jabatan Ukur.

Bagaimana cara pemasangan arah kiblat bagi bangunan yang belum dibangunkan?

Pemasangan arah kiblat ini dibuat secara 3 fasa. Fasa pertama ketika "setting out", fasa kedua setelah siap bangunan dan fasa terakhir ketika pemasangan karpet.

Berapa harga bagi penyediaan hala kiblat 3 fasa ini?

Harganya ialah $450.00 sahaja bagi ketiga-tiga fasa.

Kenapa harga bagi perseorangan dan organisasi berbeza?

Harga telah diturunkan kepada harga yang difikirkan berpatutan untuk orang ramai sahaja bagi penentuan hala kiblat di rumah-rumah persendirian terutamanya rakyat dan penduduk negara ini yang kurang berkemampuan.

Harga yang terdahulu sering dibangkitkan oleh Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung dalam perjumpaan mereka dengan Jabatan ini terutamanya ketika Jabatan ini mengadakan hari pelanggan.

Disamping itu, cadangan pengurangan ini adalah juga difikirkan bersesuaian dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan negara ini sebagai negara zikir dan mengurangkan kadar kemiskinan.

Adakah perkhidmatan percuma bagi pemasangan hala kiblat?

i. Orang miskin – Diperlukan surat pengesahan dari Yayasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang DiPertuan/Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan/Agensi yang berkaitan.

ii. Mualaf – Diperlukan surat pengesahan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (Tempoh Mualaf ialah 10 tahun dari tarikh memeluk ugama Islam) Bagaimanapun, bagi yang ingin menyediakan hala kiblat sendiri bolehlah dilakukan sendiri.

Bagaimanakah cara menyemak bagi pemasangan hala kiblat?

Hala kiblat bagi Negara Brunei Darussalam umumnya ialah:
Antara290⁰ 45′ 36″hingga290⁰ 58' 42" (tertakluk kepada lokasi)

Bagaimanapun, untuk mendapat arah kiblat yang lebih tepat, total station atau the odelite boleh digunakan.
Selainitu, terdapat dua (2) hari setiap tahun dimana kita boleh menyemak hala kiblat kita kerana matahari berada di atas kaabah pada ketika ini;
Tarikh: 28 Mei, Jam: 5:16 petang
Tarikh: 16 Julai, Jam: 5:28 petang

Dengan mengunakan benda tegak (seperti tiang, bahagian tepi jendela atau sebagainya) dan pastikan ianya tegak 90⁰ dan tandakan bayang-bayang benda tersebut. Bayang-bayang arah kebarat tersebut tepat pada waktu yang dinyatakan adalah arah kiblat.

Bagaimanapun, tarikh dan jam diatas tidak dapat digunakan bagi tahun lompat(leap year). Bagi tahun lompat pula (leap year atau jika ada tarikh 29 Februari), tarikh berganjak kepada 27hb Mei dan 15 Julai.

Nota: Jam dan tarikh adalah disesuaikan bagi memudahkan orang ramai namun ketepatannya tidaklah sama dengan penyukatan hala kiblat menggunakan alat ukur.

Expand All|Collapse All

Adakah Jabatan Ukur membuat cerapan atau sky watch observation bagi fenomena-fenomena?

Hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Ukur sebelum ianya berpindah atau lenyap.

Bilakah waktu-waktu yang sesuai mengadakan cerapan?

Biasanya waktu malam ialah yang yang sesuai bagaimanapun pilihan boleh dibuat pada hari-hari yang terdapatnya objek yang boleh dilihat misalnya planet boleh dilihat pada waktu-waktu tertentu. Tarikh boleh dicadangkan dan Jabatan Ukur akan menasihatkan waktu yang paling sesuai.

Bolehkah mengadakan cerapan pada waktu siang?

Boleh tetapi objek yang boleh dilihat hanyalah matahari dan juga sunspot kecuali jika ada fenomena seperti gerhana matahari.

Jika organisasi atau sebarang kumpulan ingin mengadakan skywatch di tempat mereka, adakah ianya dikenakan bayaran?

Skywatch ialah satu perkhidmatan percuma kerana ianya adalah Corporate Social Responsibility jabatan bagi memberi kesedaran kepada orang awam. Organisasi hanya perlu memohon melalui surat (atau memo bagi agensi kerajaan kepada Juru ukur Agung).

Expand All|Collapse All

Bilakah penentuan anak bulan dilakukan?

Penentuan awal bulan Ramadhan dilakukan setiap 29 Syaaban, awal bulan Syawal pula pada 29 Ramadhan dan pada 29 Zulkaedah bagi awal bulan Zulhijjah. Hari Raya Aidil Adha pula jatuh pada 10 Zulhijjah, dihitung dari 1 Zulhijjah.

Mengikutkiraan, adakah anak bulan Ramadhan & Syawal Nampak?

Mengikut kriteria MABIMS, kenampakan pada saat matahari terbenam, 29 Zulhijjah ialah seperti berikut; Ketika matahari terbenam: Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2° jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3° umur anak bulan (hilal) tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Kenapa ada negara-negara yang menyambut hari raya lebih awal daripada Brunei Darussalam?

Brunei Darussalam mengunakan kaedah rukyah (melihat hilal bulan) semata bagi ketiga-tiga bulan (iaitu Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) sementara bulan-bulan yang lain mengunakan kriteria MABIMS.

Fungsi jabatan ukur hanyalah membantu secara teknikal dengan menyediakan alat bagi memudahkan penglihatan. Pengunaan teleskop atau the odolite hanya untuk membantu mencari kedudukan, bukannya untuk pengesahan. Pengesahannya pula adalah di bawah kawalan Ketua Hakim Syarie.

Untuk makluman, Malaysia dan Indonesia mengunakan kaedah kriteria sebagai alternatif kedua jika rukyah tidak berhasil. Singapura pula mengunakan kaedah MABIM sahaja, tanpa mengunakan rukyah.

Apakah rekod kelihatan hilal di Negara Brunei Darussalam?

Rekod terendah kelihatan hilal ialah 19 jam dengan ketinggian hilal melebihi 6°.